Maklumat:
Sektor Psikologi & Kaunseling PPD Kota Setar
PENGENALAN
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 1999 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), telah dijadikan panduan bagi mewujudkan Perkhidmatan Kaunseling dalam sektor awam.
Sehubungan dengan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengambil tindakan mewujudkan Perkhidmatan Kaunseling di jabatan-jabatan pelajaran untuk menguruskan isu-isu kemanusiaan dalam kalangan pekerja di organisasi perkhidmatan pendidikan.
Dalam hal ini, Bahagian Sumber Manusia, KPM telah melantik Kaunselor Pentadbir di JPN Kedah pada 1 Januari 2005, dan Kaunselor Pentadbir di Pejabat-pejabat Pelajaran Daerah pada 1 Februari 2005 untuk mengendalikan Perkhidmatan Kaunseling kepada warga pendidikan di negeri Kedah Darul Aman.
Dengan pengstrukturan baru JPN pada 1 Mac 2007, Unit Kaunseling dan Keutuhan (UKK) telah ditubuhkan, dan dikendalikan oleh seorang Ketua Unit dan seorang Kaunselor.
Penambahbaikan dalam pengstrukturan baru JPN, UKK telah dinaikkan taraf kepada Sektor Kaunseling dan Keutuhan (SKK) pada Ogos 2008. Seterusnya pada 15 September 2008, SKK telah diubah kepada Sektor Psikologi dan Kaunseling (SPsK).
VISI
-
Bersama mengorak langkah ke arah kesejahteraan modal insan yang sihat mental, fizikal, spiritual dan emosi.
MISI
-
Melaksanakan Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling melalui Program Pembangunan, Pencegahan dan Pemulihan.
-
Membudayakan Psikologi dan Kaunseling dalam mempertingkatkan kesejahteraan modal insan.
MATLAMAT
-
Membantu warga pendidikan meningkatkan pembangunan diri ke tahap kefungsian psikologi tinggi dan penghasilan kerja yang produktif, berintegriti, dan berkualiti.
MOTO
-
“PROFESIONAL, INTEGRITI DAN KUALITI”
FUNGSI
1. Khidmat kaunseling kepada pegawai/
kakitangan pendidikan.
2. Merancang/melaksanakan kursus
berkaitan perkhidmatan kaunseling.
3. Mengumpul data & menganalisis
pegawai/kakitangan yang menerima
khidmat kaunseling.
4. Memantau perkhidmatan kaunseling
pentadbir.
PIAGAM PELANGGAN
Sebagai personalia Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling, kami berazam, berusaha dan beriltizam:
1. Memberikan perkhidmatan secara profesional, berintegriti dan berkualiti.
2. Melaksanakan perkhidmatan berdasarkan Kod Etika Kaunselor dan peraturan-peraturan perkhidmatan yang ditentukan.
3. Menyediakan pelaporan perkhidmatan berpiawai yang diperlukan mengikut tempoh masa yang telah ditentukan.
OBJEKTIF
1. Melaksanakan garis panduan pelaksanaan Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling Kementerian Pelajaran di peringkat daerah.
2. Menyediakan dan melaksanakan program Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling dalam mempertingkat kualiti dan produktiviti dalam pengurusan modal insan.
3. Menyelaras data dan menyediakan laporan pelaksanaan serta kemajuan program bagi aktiviti SPsK peringkat negeri kepada Bahagian Psikologi dan Kaunseling (BPsK) Kementerian Pelajaran Malaysia.
4. Menyediakan laporan penilaian keberkesanan Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling Pejabat Pendidikan Daerah.
JENIS PERKHIDMATAN
~PERKHIDMATAN KAUNSELING
~PERKHIDMATAN BIMBINGAN
~PERKHIDMATAN KONSULTASI
~RAKAN PEMBIMBING PERKHIDMATAN AWAM (AKRAB)
~PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN PsK
~UJIAN PSIKOMETRIK
~KAJIAN / PENYELIDIKAN PsK
~MASSAGE TERAPI
~AROMA TERAPI
~ART TERAPI
~MUZIK TERAPI
~RAWATAN ALTERNATIF
SILA HUBUNGI SAYA:
SALIHUDDIN BIN LAHAMIN KB.PA.,PJK..
Tel. bimbit: 019-5481900
Tel : 04-7403000 – 3113
Faks: 04-7403039
Laman Web: http://salihuddin11.wix.com/upskppdks
e-mail: salihuddin.ppdkotasetar@gmail.com
​
http://c2joypower.net/Salihuddin74
SILA HUBUNGI SAYA:
HALIJAH BINTI MAHMUD KB.PA..
Tel. bimbit: 012-5843665
Tel : 04-7403000 – 3117
Faks: 04-7403039
Laman Web: http://salihuddin11.wix.com/upskppdks
e-mail: halijah.m@moe.gov.my
SILA HUBUNGI SAYA:
SALIHUDDIN BIN LAHAMIN KB.,PA.,PJK..
Tel. bimbit: 019-5481900
Tel : 04-7403000 – 3082
Faks: 04-7403046
Laman Web: http://salihuddin11.wix.com/upskppdks
e-mail: salihuddin.ppdkotasetar@gmail.com