top of page

PENYAKIT GILA MEROYAN ATAU GANGGUAN EMOSI.

Penyakit ini termasuk dalam ketegori gangguan Emosi/depression yang diistilahkan sebagai gangguan puerperal. Biasanya berlaku kepada ibu lepas bersalin. Terdapat juga penyakit ini menyerang pada ibu yang sedang mengandung tetapi hal ini jarang berlaku. Adakala penyakit ini menyerang tidak serius dan kebanyakannya serius. Penyakit yang tidak serius tidak perlu dirawat hanya melalui sokongan keluarga khusus nya suami dan ibu bapa serta keluarga. Sokongan dari keluarga memainkan peranan penting.



AKIBAT GANGGUAN PENYAKIT INI;
1. Pesakit akan terasa badan lemah dan tidak bermaya.
2. Rasa putus asa dan jemu berpanjangan.
3. Kurang selera makan dan minum.
4. Kurang tidur dan tidur tidak nyenyak.
5. Cepat marah dan cepat hiba tanpa sebab.
6. Tekanan dari keluarga
7. Implikasi dari kesusahan melahirkan anak.
8. Memberi kesan kepada keturunan/baka
9. Gangguan makhluk halus seperti jin, saka, syaitan dan sihir.


Kesan kesakitan mungkin terjadi di kawasan otot bahu, tengkuk, juga bahagian perut. Satu tarikan di bahagian kepala yang mencengkam kuat dirasakan oleh pesakit ini. Bagi pesakit yang kurang menghadapi kesakitan ini, penyakit ini akan hilang cepat atau sembuh dalam tempoh yang singkat.

GEJALA-GEJALA GANGGUAN.
1. Berlaku perubahan yang ketara seperti rasa gelisah tidak menentu dan sukar tidur.
2. Ketegangan pada otot yang menyebabkan pesakit meraung kesakitan khususnya di bahgian kepala dan tengkuk.
3. Denyutan jantung menjadi laju serta pernafasan yang lebih tinggi.
4. Ibu tidak kenal diri sendiri, anak-anak malahan suami atau keluarga….hilang akal.
5. Rasa sedih yang tiada sebab, tidak bergaul dengan orang, putus asa dan marah secara tiba-tiba tanpa sebab.
6. Memperlihatkan tabiat yang aneh…seperti bercakap seorang diri, ketawa dan berbual tanpa teman.


Jika terdapat kalangan anda samada isteri, kakak, ibu, adik atau keluarga juga sahabat yang ada gejala ini, perlu segera berubat. Tanda gejala ini senang kita dapati iaitu kemurungan oleh perempuan lepas bersalin. Jika tidak di rawat pada peringkat awalnya, penyakit ini akan berterusan dan akan bertambah teruk. Ada banyak kes yang menjadi Gila Terus. Ada kes yang mengakibatkan kejadian bunuh diri dan mengamuk mencederakan orang lain.



Ada pihak yang mendakwa, penyakit gila meroyan ini dialami juga oleh kaum lelaki dan dikenali dengan angin mempasang atau kepala angin (kepalanya masuk angin).


Menurut istilah saintifik atau perubatan, gila meroyan dikenali sebagai postpartum pyschosis. Ia juga dikaitkan dengan postnatal depression, maternity blues atau puerperal psychosis. Apa juga perkataan yang dikaitkan dengannya, dikalangan masyarakat Melayu ia lebih dikenali sebagai gila meroyan. Walau pun ia lebih sinonim diperkatakan di kalangan masyarakat Melayu dan lebih banyak dilihat dihidapi oleh wanita biasa, namum ia juga sebenarnya turut menimpa kalangan wanita profesional.


Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan gila meroyan? Ia merupakan gangguan perasaan atau jiwa yang serius. Penyakit ini sering dikaitkan dengan masalah yang dialami wanita sewaktu atau selepas berpantang. Pada tahap ini, seseorang wanita yang mengalaminya mampu berbuat perkara-perkara yang boleh mencederakan dirinya, bayi serta orang disekelilingnya. Pendapat terkini mengatakan penyakit postpartum pyschosis juga seperti penyakit psikosis yang dialami oleh pesakit jiwa lain.


Gangguan perasaan selepas bersalin sebenarnya dialami oleh ramai wanita iaitu sehingga 85% wanita sewaktu tempoh berpantang. Namun, kebanyakkannya hanya mengalami pada tahap yang ringan sahaja dan tidak membahayakan. Malah ia berlaku sekejap sahaja, biasanya tidak memerlukan rawatan perubatan, Walau bagaimana pun, dalam segelintir 10% wanita gangguan perasaan berlaku lebih mendalam dan berpanjangan sehingga menyebabkan penyakit yang juga lebih dikenali sebagai kemurungan atau gila meroyan.



Dalam bidang perubatan, gangguan perasaan selepas bersalin dikelaskan kepada 3 peringkat utama iaitu:


1. Postpartum Blues – jenis ini sering dialami, ia bersifat ringan dan kebanyakannya pulih sendiri tanpa rawatan.

2. Penyakit kemurungan – kebanyakkannya memerlukan perhatian dan rawatan segera.

3. Psikosis – boleh berlaku jika kemurungan tidak dirawat


Apakah punca yang menyebabkan gila meroyan? Gila meroyan adalah peringkat lewat gangguan perasaan (selepas blues dan kemurungan). Gila meroyan terjadi apabila gangguan blues dan kemurungan tidak dapat dikesan diperingkat awal dan dibiarkan tanpa mendapat perhatian doktor serta rawatan.


Apakah gejala gila meroyan? Kepentingan untuk mengenali gejala blues dan kemurungan perlu diberi perhatian doktor, suami, ibu serta saudara rapat. Mereka ini perlu mengenalpasti gejala-gejala ini agar gila meroyan dapat dielakkan.



Gejala Maternity Blues

* Mood berubah dan senang terusik, mudah menangis, mudah marah, cemas dan bimbang
* Gejala memuncak pada minggu pertama selepas bersalin (sekitar hari ke 4 dan ke 5) memandangkan waktu ini wanita telah kembali ke rumahnya dan menyedari beliau kini berhadapan situasi menerima orang baru.


* Gejala ini boleh berterusan selama beberapa hari, namum ia lazimnya pulih sendiri dalam masa 2 minggu tanpa rawatan perubatan.

* Wania ini masih boleh menguruskan dirinya dan bayinya.



Gejala Kemurungan


* Berlaku sekitar 10% – 15% dalam masyarakat

* Wanita yang pernah mengalami kemurungan termasuk kemurungan postpartum sebelumnya serta kemurungan sewaktu hamil berisiko mengalami kemurungan postpartum.
* Gejala ini lazimnya muncul tanpa disedari dalam masa 3 bulan selepas bersalin, lebih memberi kesan ketara berbanding maternity blues.

* Mudah menangis, gangguan tidur, letih, tidak bermaya, kurang selera makan, memikir ingin membunuh diri dan sering berfikir untuk mati.

* Kerap cemas dan bimbang serta obses terhadap bayinya. Sebaliknya beliau boleh juga mempunyai fikiran negetif terhadap bayinya sehingga ingin mencederakannya.

Gejala Psikosis (Gila Meroyan)


* Ini adalah keadaan yang paling serius berbanding maternity blues dan kemurungan
* Ia jarang berlaku, hanya 1-2 dalam setiap 1000 wanita selepas bersalin
* Keresahan, gangguan tidur (insomnia), mood kerap bertukar-tukar serta menunjukkan kelakuan yang tidak kena pada tempatnya.

* Mempunyai kepercayaan bahawa bayinya cacat, nazak, syaitan atau sebaliknya.

* Mendengar bisikan menyuruh mencederakan diri atau membunuh bayinya.

* Berisiko untuk membunuh diri atau bayi.



Rawatan dan Cara Mengatasi


* Mengenalpasti maternity blues dan kemurungan.

* Memberi perhatian dan layanan. Layanan yang diberikan sewaktu jagaan berpantang agar beliau merasakan mendapat perhatian dan tidak rasa keseorangan.

* Berbincang dan menyelesaikan masalah yang timbul dan sebagainya.

* Mendapatkan rawatan di klinik atau hospital.

* Mendapatkan rawatan kaedah Perubatan Islam.

bottom of page