top of page

​Rawatan Penyakit Fizikal (Perubatan Islam)

 

Asma (Lelah)

Asma adalah sejenis penyakit pengecutan salur pernafasan akibat radang saluran atau pembengkakkan saluran pernafasan tersebut. Paru-paru mengecut disebabkan saluran pernafasan terlalu hiperaktif dan sensitif terhadap perubahan sekeliling atau bahan alergi (allergic reaction) atau keterunan. Sekiranya tidak di kawal, penyakit ini boleh menjadi serius dan menyerang secara mendadak. Di antara gejala yang selalu menyerang sakit ini ialah nafas berbunyi (wheezing), batuk dan sesak nafas.

Komplikasi:
1. Boleh terkena jangkitan kuman pada paru-paru yang dikenali sebagai 'pneumonia'.
2. Oleh mengakibatkan bocor selaput paru-paru (pnenmo thorax)
3. Kronik asma menyebabkan paru-paru kembang, sukar berjalan dan membuat kerja-kerja berat.
4. Mendapat serangan asma yang serius hingga membawa kematian.
5. Bagi kanak-kanak pembesaran akan terbantut.
6. Jika wanita hamil akan mengalami kesukaran semasa kelahiran.
Jenis-jenis atau Punca Penyakit
Punca penyakit:
1. Faktor genetik iaitu mempunyai saluran pernafasan yang sempit secara semulajadi
2. Jangkitan saluran pernafasan (infection)
3. Alergi kepada habuk, asap, udara yang terlalu sejuk atau terlalu panas, bulu binatang,
4. Tekanan emosi dan fizikal
5. Kesan sampingan daripada sesetengah ubat
6. Senaman yang terlaluan
7. Slergi kepada makanan seperti pulut, buah nangka, makanan laut seperti kerang, udang, etc.
8. Ubat-ubat tertentu seperti aspirin
9. Asap rokok
Sintom 1. Batuk perpanjangan terutama waktu pagi dan malam.
2. Nafas berbunyi (wheezing sound).
3. Rasa sesak nafas waktu berjalan atau ketika berehat.

Cara Perubatan Syifa' Al-Hidayah:
1. Membaca ayat-ayat Al Quran yang khusus untuk penyakit ini.
2. Memakan satu sudu besar madu lebah asli setiap pagi.
3. Untuk sakit chronik asma, perlu berjumpa dengan saya.

SENARAI BACAAN AYAT-AYAT PENAWAR UNTUK PENYAKIT ASMA:

A. Amalan Minggu Pertama dan Kedua:

1. Surah Al-Qasas ayat 51 hingga 59, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah Al-Anfaal ayat 54 hingga 60, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

B. Amalan minggu ketiga dan keempat:

1. Surah Ar-Ra'd ayat 19 hingga 28, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah Al-Anbiyaa' ayat 51 hingga 72, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.



Senarai Ayat Penawar Berdasarkan Penyakit Asma (Lelah)
Baca 3 kali untuk 3 minggu selepas 

Kedua 
13: Ra'd
20 28 Maghrib atau Isyak 
Kedua 
13: Ra'd
30 34 Maghrib atau Isyak 
Kedua 
14: Ibrahim
36 38 Subuh 
Kedua 
14: Ibrahim
40 43 Subuh

 

 

Batu Hempedu (Gallstone)

Batu yang terdapat dalam saluran hempedu boleh tersumbat dan menyebabkan gejala jaundis atau peradangan kilang pankreas.
Jenis-jenis atau Punca Penyakit
Batu yang terbentuk di dalam pundi hempedu atau saluran hempedu. Ianya pelbagai saiz, adakalanya sebesar lada hitam sehingga sebesar telur burung puyuh.

Simptom-simptomnya ialah sakit pada bahagian kanan perut bersebelahan dengan ulu hati disertai dengan rasa kembung, loya dan muntah. Perut jika ditekan akan berasa amat sakit di bahagian yang tersebut dan kadangkala sakit akan terasa juga di bahaguan bahu kanan. Tanda ini selalu berlaku beberapa jam selepas memakan makanan yang berlemak.

Cara Perubatan Syifa' Al-Hidayah:
1. Perlu berjumpa untuk disentuh bahagian hempedu.
2. Amalan ayat-ayat Al-Quran khusus untuk sakit ini.
3. Amalan minum air penawar.

SENARAI BACAAN AYAT-AYAT PENAWAR UNTUK PENYAKIT BATU HEMPEDU:

A. Amalan Minggu Pertama dan Kedua:

1. Surah Al-A'raaf ayat 47 hingga 54, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah An-Nahli ayat 51 hingga 64, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

B. Amalan minggu ketiga dan keempat:

1. Surah Anbiyaa' ayat 82 hingga 90, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah An-Naml ayat 56 hingga 70, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

 

 

Batu Karang

Sakit ini selalunya menyerang orang dewasa akibat kristal air kencing yang terkumpul dan membentuk batu karang. Pemendapan (precipitation) berbagai zat kimia di dalam air kencing pada keadaan tertentu boleh menyebabkan terbentuknya kristal. Ia kemudian bersifat hydus (pucat). Hydus akan membesar dan bahan-bahan lain akan bertompok di atasnya. Pada asasnya batu karang terbentuk daripada zat kalsium yang bercampur dengan bahan-bahan lain dan akhirnya menjadi batu.

Batu karang boleh berbentuk di sekitar buah pinggang, pangkal buah pinggang, ataupun pada saluran pundi-pundi kencing. Kristal yang membentuk batu karang berbeza, ada yang berbentuk seperti batu karang laut, ada yang membentuk batu licin atau hanya seperti garam halus sahaja.


Jenis-jenis atau Punca Penyakit
Jenis-jenis Batu Karang:
1. Calcium Oxalate - merupakan 80% batu karang yang terjadi hasil campuran dengan bahan kalsium dengan rupa bentuk bercabang dan tajam.

2. Calcium Phosphate - 10% batu karang yang terjadi akibat jangkitan kuman dalam air kencing yang bersifat alkali.

3. Asid Urik - akibat serangan gout

Punca batu karang:
1. Ketidaksempurnaan dalam aliran saluran kencing.
2. Terlalu banyak memakan makanan laut yang mengandungi kimia yang tinggi.
3. Kegagalan buah pinggang.
4. Tahap metabolisme seseorang.
5. Nanah yang mengeras akibat jangkitan juman semasa kecil.

Komplikasi:
1. Boleh menyebabkan kerosakan atau kegagalan buah pinggang.
Sintom 1. Sakit pada bahagian abdomen iaitu pada sisi kanan dan kiri pinggang.
2. Kesakitan sepertu berdenyut-denyut, berat dan sakit melilit yang amat sangat.
3. Loya hendak muntah dan berpeluh-peluh.
4. Sukar untuk kencing atau langsung tidak boleh kencing.
5. Kencing berdarah atau bernanah.
6. Demam dan mengigil.
7. Tubuh menjadi lemah, muka menjadi pucat/sembab, dan kulit menjadi kering.

SENARAI BACAAN AYAT-AYAT PENAWAR UNTUK PENYAKIT BATU KARANG:

A. Amalan Minggu Pertama dan Kedua:

1. Surah Al-Israa' ayat 40 hingga 55, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah Al-Qasas ayat 29 hingga 40, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

B. Amalan minggu ketiga dan keempat:

1. Surah Al-Maa'idah ayat 47 hingga 55, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah Asy-syu'araa' ayat 52 hingga 83, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

 

 

Buasir (Piles)

Buasir melibatkan saluran darah di bahagian rektum dan dubur di mana saluran darah di bahagian tersebut memjadi kembang dan bengkak. Keadaan ini lama kelamaan akan menyebabkan bahagian berkenaan terjulur keluar daripada dubur mengakibatkan seseorang itu terasa sakit ketika buang air besar ataupun berjalan dan berdiri lama. Pendarahan mungkin berlaku ketika buang air besar.
Jenis-jenis atau Punca Penyakit
Ada dua jenis penyakit buasir :
1. Buasir dalaman (internal piles) iaitu terletak di dalam rektum
2. Buasir luaran (external piles) iaitu di bahagian luar jubur.

Punca buasir sering dikaitkan dengan:
1. Tabiat atau kelakuan yang memberi impek kepada bahagian rektum dan dubur

2. Akibat tabiat meneran yang diulang-ulang, sama ada ketika buang air besar kerana sembelit atau kerana terlalu banyak batuk. Keadaan ini banyak berlaku pada mereka yang banyak duduk dan jarang bersenam.

3. Ia juga boleh berlaku pada ibu-ibu yang mengandung.
Sintom 1. Pesakit yang baru diserang buasir akan merasakan adanya perbezaan pada pemukaan duburnya ketika membasuh najis. Terasa adanya benda-benda yang membengkak pada permukaan dubur, yang boleh menyebabkan rasa tidak selesa bile di sentuh.

2. Buasir adakala membuat pesakit itu rasa gatal yang bersangatan pada sekeliling dubur.

3. Ketika berdiri lama, pesakit terasa seolah-olah adanya sesuatu benda asing terkepal dalam dubur atau permukaan dubur.

4. Pendarahan ketika membuang air besar. Rase pedih kerana luka di bahagian berkenaan.

5. Terdapat lendir yang keluar menyebabkan dubur rasa gatal yang amat sangat.

Pesakit-pesakit buasir perlu:
1. Mengelakkan diri daripada memakan makanan pedas, liat atau keras yang sukar hadam.

2. Elakkan dari sembelit.

3. Elakkan dari mengangkat benda-benda berat, duduk lama bercangkung, berdiri lama dan batuk bersangatan.

SENARAI BACAAN AYAT-AYAT PENAWAR UNTUK PENYAKIT BUASIR:

(Pesakit hendaklah berjumpa perawat terlebih dahulu sebelum memulakan amalan-amalan ini)

A. Amalan Minggu Pertama dan Kedua:

1. Surah Nahli ayat 51 hingga 64, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah Al-Anbiyaa' ayat 99 hingga 112, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

B. Amalan minggu ketiga dan keempat:

1. Surah Al-Mu'minuun ayat 44 hingga 59, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah An-Nur ayat 35 hingga 40, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

 

 

Busung (Asites)

Sejenis sintom penyakit di mana keadaan perut seseorang menjadi kembung atau buncit. Penyakit ini di sebabkan oleh penyakit fizikal seperti kanser, masalah kegagalan jantung, hati atau buah pinggang, atau penyakit gangguan akibat terkena sihir.

Jenis-jenis atau Punca Penyakit
Punca penyakit:
1. Masalah kegagalan jantung mengepam darah ke dalam tubuh meyebabkan air yang banyak terkumpul di dalam badan. Akibatnya, perut atau kaki menjadi bengkak.

2. Masalah hati - penyakit hepatitis B atau C menyababkan terjadinya 'sirosis" atau masalah hapar.

3. Kegagalan buah pinggang - mengakibatkan air berkumpul di bahagian peritoneum dan bengkak pada kaki atau perut. Implikasinya seluruh badan kelihatan kekuningan, hilang selera makan, gatal seluruh badan, sukar bernafas serta pengeluaran air kencing berkurangan.

4. Kanser di dalam perut atau abdomen.

5. Kanser usus, kanser hati, kanser ovary atau uterus, kanser paru-paru.

6. Akibat terkena perbuatan sihir.
Sintom 1. Perut atau abdomen menjadi bengkak atau buncit.
2. Demam.
3. Hilang selera makan.
4. Berat badan menurun.
5. Terdapat darah di dalam najis.
6. Cirit birit.
7. Jika di sebabkan oleh sihir, pesakit akan merasa bisa pada waktu-waktu yang tertentu sahaja.

SENARAI BACAAN AYAT-AYAT PENAWAR UNTUK PENYAKIT BUSUNG:

(Pesakit hendaklah berjumpa perawat terlebih dahulu sebelum memulakan amalan-amalan ini.)

A. Amalan Minggu Pertama dan Kedua:

1. Surah Asy-Syu'araa' ayat 95 hingga 118, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah Ar-Ra'd ayat 30 hingga 34, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

B. Amalan minggu ketiga dan keempat:

1. Surah Asy-Syura ayat 17 hingga 26, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah Al-Maa'idah ayat 27 hingga 32, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

 

 

Epilepsi (Sawan)

Terjadi sebab terdapatnya cetusan elektrik yang berlebihan di sebahagian (epilepsi partial) atau keseluruhan otak (epilepsi general). Sakit sawan yang berpanjangan akan melibatkan kerosakan pada urat saraf pesakit itu.
Jenis-jenis atau Punca Penyakit
Jenis-jenis Epilepsi:
A. Absence Attack
- Menyebabkan pesakit hilang kesedaran dengan keadaan seolah-olah termenung dalam masa beberapa saat, tetapi tidak rebah. Mata berkelip-kelip dan keadaan mata akan naik ke atas. Ia nya selalu menyerang kanak-kanak yang berusia 8 hingga 10 tahun.

B. Epilepsi Tonik
- Mereka hanya jatuh tanpa sebab tertentu, dalam keadaan sedar mengadu kaki menjadi lemah. Ia menyerang kanak-kanak yang mempunyai tahap kecerdasan yang lembab.

C. Epilepsi mioklonus
- Mereka yang terkejut secara tiba-tiba selepas bangun dari tidur. Keadaan kedua-dua kaki seperti tersentap.

Punca Penyakit:
1. Akibat gangguan makhluk halus (jin)
2. Ketumbuhan otak
3. Jangkitan otak
4. Kecederaan otak
5. Kelainan urat darah dalam otak
6. Penyakit metabolik seperti kekurangan gula dalam darah
Sintom 1. Apabila terkena serangan mereka akan mengeluarkan bunyi yang kuat, hilang kesedaran dan rebah.

2. Mata menjadi celik, bergerak dan berpusing ke atas tetapi is tidak dapat melihat sesuatu.

3. Otot-otot menjadi tegang dan kaku, dan mengalami kancing gigi dan bibir kelihatan kebiruan. Pernafasan terhenti beberapa ketika.

4. Selepas 20-30 saat, kedua-dua tangan dan kakinya akan bergerak dengan pantas dalam tempoh 30 saat hingga 1 minit.

5. Dalam keadaan tersebut pesakit tidak dapat mengawal saluran kencing, lidah mungkin tergigit dan mulut berbuih atau termuntah.

6. Selepas itu pesakit akan pengsan untuk beberapa minit.

SENARAI BACAAN AYAT-AYAT PENAWAR UNTUK PENYAKIT EPILEPSI:

A. Amalan Minggu Pertama dan Kedua:

1. Surah Al-Israa' ayat 79 hingga 94, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah Ar-Ra'd ayat 30 hingga 34, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

B. Amalan minggu ketiga dan keempat:

1. Surah Adz-Dzaariyaat ayat 31 hingga 50, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah Al-Ahqaaf ayat 21 hingga 28, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

​

Gastrik

Penyakit gastrik selalunya dialami oleh mereka yang telah dewasa melebihi 45 tahun. Ia mungkin terjadi berpunca daripada permakanan yang dimakan yang menyebabkan tingginya asid dalam perut.
Jenis-jenis atau Punca Penyakit
Punca penyakit:
1. Ketinggian atau berlebihan kandungan asid didalam perut.

2. Tabiat pemakanan seseorang, terutama mereka yang sibuk dan tidak menjaga waktu-waktu makan, yang membiarkan perut kosong until satu masa yang panjang.

3. Memakan lebih daripada keperluan apabila berkesempatan setelah perut dibiarkan kosong begitu lama.

4. Kekurangan sphincter atau structure dalam perut yang memberi kesan pada otot bawah esofagus, mengakibatkan asid dalam perut naik ke bahagian esofagus.

5. Jenis-jenis tertentu makanan yang tidak hadam, ataupun yang menyebabkan luka di bahagian dalam perut juga boleh dikaitkan dengan sakit gastrik.
Sintom 1. Rasa pedih atau ngilu di ulu hati atau di sebelah bawah dada, yang adakalanya menyebabkan pesakit sukar bernafas, badan terasa lemah dan rasa penat untuk berjalan atau menaiki tangga.

2. Rasa sakit kepala, dan tidak selesa di bahagian kanan dan kiri hujung mata.

3. Pada peringkat yg lebih serius, pesakit mungkin merasa sejuk di bahagian kaki hingga ke betis.

4. Badan rasa menggigil dan berpeluh lalu muntah.

Untuk meredakan penderitaan semasa sakit:
1. Minum satu gelas susu segar atau susu tepung. Jangan minum air kosong ketika sakit kerana ia boleh menyebabkan perut semakin rasa pedih. Pengambilan susu cair manis tidak digalakkan sama sekali.

2. Jangan memakan makanan yang pedas yang mengandungi cili atau lada hitam, atau makanan bercuka dan masam. Elakkan daripada memakan makanan yang berjeruk atau perahan limau nipis.

3. Jangan biarkan perut kosong dan jangan mengambil makanan terlalu banyak.

4. Jangan memakan makanan keras, sukar hadam atau terlalu berminyak.

SENARAI BACAAN AYAT-AYAT PENAWAR UNTUK PENYAKIT GASTRIK:

(Pesakit hendaklah berjumpa perawat terlebih dahulu sebelum memulakan amalan-amalan ini.)

A. Amalan Minggu Pertama dan Kedua:

1. Surah Al-Qasas ayat 14 hingga 21, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah Al-Furqaan ayat 41 hingga 52, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

B. Amalan minggu ketiga dan keempat:

1. Surah Al-Buruuj ayat 1 hingga 22, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah Nahli ayat 66 hingga 74, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

 

 

Hepatitis (Radang Hepar/Liver)

Penyakit ini mengakibatkan sel-sel hepar rosak seterusnya menyebabkan hepar tidak dapat lagi menghapuskan pigmen hempedu

Kerosakan hepar mengakibatkan pigmen hempedu akan dirembeskan ke dalam usus
Jenis-jenis atau Punca Penyakit
Jenis-jenis hepatitis:
1. Terdapat 5 jenis hepatitis iaitu A, B, C, D dan E

2. Untuk hepatitis A dan E ia tidak akan menyebabkan penyakit hepar yang kronik seperti sirosis dan kanser hepar berbanding hepatitis B, C dan D

Punca penyakit:
1. Penyakit hepatitis adalah berpunca dari virus

2. Hepatitis A - disebabkan oleh virus HAV. Ia didapati daripada makanan dan minuman yang tercemar

3. Hepatitis B - dibawa oleh virus HBV

4. Hepatitis C - disebabkan oleh virus HCV. Ia berpunca dari berkongsi jarum suntikan, pemindahan darah, melalui luka dengan alat peribadi seperti pisau cukur, akupuntur dan tatu

5. Hepatitis D - disebabkan oleh virus HDV. Seseorang itu hanya dijangkiti virus tersebut sekiranya ia pernah mendapat hepatitis B

6. Hepatitis E - dijangkitkan oleh virus HEV yang didapati oleh makanan yang tercemar. Ia berpunca daripada proses pemindahan darah
Sintom 1. Demam
2. Letih
3. Kurang selera makan
4. Loya dan muntah-muntah
5. Pening kepala
6. Sakit perut
7. Jaundice
8. Kencing berwarna kuning teh
9. Kehilangan berat badan

Langkah pencegahan:
1. Elakkan berkongsi barang peribadi berus gigi pisau cukur dan tuala

2. Berhati-hati semasa mengendalikan darah atau cecair tubuh yang terkena pada pakaian anda

3. Dapatkan pelalian hepatitis dari klinik atau hospital

4. Kendalikan makanan dengan cara bersih dan selamat

5. Hindari gerai atau restoran yang kotor

6. Tinggalkan aktiviti yang tidak sihat seperti penyalahgunaan dadah dan hubungan seksual secara rambang

SENARAI BACAAN AYAT-AYAT PENAWAR UNTUK PENYAKIT HEPATITIS (RADANG HEPAR/LIVER):

(Pesakit hendaklah berjumpa perawat terlebih dahulu sebelum memulakan amalan-amalan ini.)

A. Amalan Minggu Pertama dan Kedua:

1. Surah Al-Anfaal ayat 41 hingga 46, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah Asy-Syura ayat 17 hingga 26, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

B. Amalan minggu ketiga dan keempat:

1. Surah Al-Anbiyaa' ayat 82 hingga 90, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah Nahli ayat 66 hingga 74, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

​

Sumber: http://quranhealing.blogspot.my/

bottom of page