top of page

SAKIT BUAH PINGGANG

Simptom-simptom Sakit Buah Pinggang.

​

  • Perhatikan samaada terdapat perubahan dalam pembuangan air kencing. Perhatikan samaada pembuangan air kencing adalah kerap atau kurang kerap dari kebiasaan. Perhatikan juga jika terdapatnya darah di dalam air kencing anda. Jika anda mengalami kencing terlalu kerap atau terdapat darah di dalam air kencing terutamanya pada waktu malam, dan lama kelamaan air kencing semakin berkurang, boleh jadi anda mempunyai masalah pada buah pinggang. Perhatikan jika terdapat buih pada air kencing yang ditadah. Adanya buih-buih pada air kencing menunjukkan terdapat kehadiran protein dalam air kencing. Protein ini tidak dapat ditapis jika buah pinggang kita bermasalah.

​

  • Adakah anda letih sepanjang masa? Kegagalan buah pinggang tidak dapat menghasilkan hormon yang mencukupi untuk tubuh menghasilkan sel darah merah. Apabila tubuh tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang mencukupi, anda akan mengalami anemia, dan ini menyebabkan tubuh anda terlalu letih.

​

  • Adakah anda mengalami bengkak pada mana-mana bahagian anggota tubuh badan seperti kaki atau tangan? Buah pinggang yang sihat akan berfungsi untuk mengeluarkan bendalir yang berlebihan dari badan anda. Sekiranya terdapat pembengkakan pada anggota badan, boleh jadi buah pinggang anda tidak dapat berfungsi dengan baik. Retensi iaitu penakungan air kencing boleh menyebabkan kaki, buku lali serta mata bengkak.

​

  • Adakah anda mengalami ruam dan kegatalan? Kegagalan buah pinggang untuk mengeluarkan sisa-sisa buangan dari tubuh anda boleh menyebabkan anda mengalami kegatalan yang teruk pada anggota badan.

​

  • Bagaimana pula dengan selera makan anda? Adakah anda terasa seperti logam di dalam mulut atau tidak dapat menelan makanan? Ini adalah salah satu tanda-tanda awal kegagalan buah pinggang. Ianya juga berlaku disebabkan oleh terkumpulnya sisa buangan di dalam darah.

​

  • Adakah anda mengalami loya dan muntah-muntah?  ini juga mungkin disebabkan oleh pengumpulan sisa-sisa buangan di dalam darah.

​

  • Adakah anda berasa sejuk sepanjang masa? Mereka yang mengalami anemia mungkin akan berasa kesejukan sepanjang masa walaupun dalam cuaca yang panas.

​

  • Adakah anda merasa sukar untuk bernafas? Ini juga adalah tanda awal penyakit buah pinggang yang mungkin disebabkan oleh anemia atau pengumpulan bendalir di dalam paru-paru.

​

  • Adakah anda merasa sakit di bahagian belakang atau tepi sebelah bawah pinggang anda? Ini adalah tempat terletaknya buah pinggang anda. Boleh jadi terdapat ketumbuhan yang akan mewujudkan rasa sakit pada buah pinggang.

​

  • Adakah anda kerap berasa pening kepala? Ini mungkin disebabkan oleh anemia yang berlaku telah mengakibatkan kekurangan oksigen di dalam otak. 

 

Kebanyakan dari tanda-tanda awal penyakit buah pinggang juga merupakan tanda kepada penyakit-penyakit lain. Sekiranya anda merasakan anda mengalami masalah buah pinggang dan mempunyai kebanyakan daripada simptom yang disebutkan tadi, segeralah berjumpa dengan doktor untuk melakukan pemeriksaan.

 

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

 

 

 


Punca-punca Kerosakan Buah Pinggang

Perunding Nefrologi dan Setiausaha Kehormat Lembaga Pengurusan NKF, Dr. Thiruventhiran Thilaganathan menyatakan buah pinggang adalah satu struktur yang agak rapuh dan perlu dilindungi daripada faktor-faktor yang boleh menyebabkan CKD.

“Kerosakan buah pinggang kronik boleh berpunca daripada beberapa masalah buah pinggang seperti buah pinggang polisistik, jangkitan buah pinggang, penyumbatan arteri renal (yang membekalkan darah kepada buah pinggang), penyumbatan di dalam salur kencing kerana batu karang atau ketumbuhan, penggunaan sesetengah ubat dalam jangka panjang dan kecacatan buah pinggang secara semulajadi.

“Tiga punca utama kerosakan buah pinggang di Malaysia adalah diabetes yang tidak terkawal (57 peratus) daripadanya merupakan kes kerosakan buah pinggang kronik), sebab yang tidak diketahui (27 peratus) dan tekanan darah tinggi yang tidak terkawal (enam peratus),” katanya.

Diabetes adalah penyakit di mana konsentrasi gula di dalam darah adalah tinggi. Lama-kelamaan paras gula yang tinggi akan merosakkan buah pinggang dan menyebabkan keadaan yang dipanggil diabetes nefropati yang merupakan penyebab nombor satu kegagalan buah pinggang. Satu pertiga pesakit diabetes mengalami diabetes nefropati.

Tekanan darah tinggi (hipertensi) pula adalah situasi yang merujuk kepada tekanan kuat pada salur darah yang menolak dinding arteri. Tekanan darah tinggi kronik boleh menyebabkan kerosakan salur darah dan fungsi penapisan di dalam buah pinggang. Ini adalah berita buruk terutamanya kepada pesakit diabetes kerana 60 peratus daripada mereka akan mempunyai tekanan darah tinggi.

 

Secara umumnya berikut adalah 11 sebab dan punca berlakunya masalah buah pinggang menurut Doktor Malinda..

 

1. Kerap tahan kencing

 

2. Kurang minum air

 

3. Suka makan makanan masin

 

4. Suka minum minuman bergas.

 

5. Kerap kena jangkitan 'kencing kotor' (Urinary Track Infection) dan tidak dirawat dengan sempurna.

 

6. Kerap makan daging merah dan Seafood (Tinggi Uric Acid)

 

7. Kerap makan Pil Tahan Sakit

 

8. Merokok

 

9. Obesiti

 

10. Alkohol

 

11. Penyakit Darah Tinggi dan Kencing Manis yang Tidak terkawal..

 

Cara mengatasi sakit buah pinggang

​

Terdapat beberapa cara mengatasi sakit buah pinggang ini. Hal ini bagi memastikan anda dapat mengambil langkah awal untuk mengatasi sakit buah pinggang ini. Berikut merupakan langkah atau cara mengatasi sakit buah pinggang:-

​

1. Periksa tekanan darah secara berkala.

Ia adalah sangat penting untuk mempunyai tekanan darah yang normal jika anda ingin untuk mencegah penyakit buah pinggang. Ia merupakan cara mengatasi sakit buah pinggang yang kerap digunakan oleh pesakit buah pinggang.

 

2. mengawal tekanan darah anda dengan mengamalkan pemakanan seimbang.

Ini merupakan cara yang paling mudah dalam memilih cara mengatasi sakit buah pinggang. Anda boleh Semak dengan pakar pemakanan untuk mewujudkan pemakanan yang membolehkan anda makan makanan yang anda suka dengan diet yang seimbang.

 

3. Beritahu doktor anda jika keluarga anda mempunyai sejarah tekanan darah tinggi atau penyakit buah pinggang.

Kedua-dua keadaan ini boleh diwarisi secara turun-temurun. Doktor anda boleh menetapkan ubat perencat ACE untuk membantu mengawal tekanan darah anda. Mendapatkan info tentang kesihatan anda dan ianya merupakan satu cara mengatasi sakit buah pinggang yang efektif kerana ianya merupakan satu kaedah yang boleh diguna pakai.

 

4. Sentiasa berwaspada untuk sebarang perubahan dalam air kencing anda.

Jika air kencing anda bertukar kepada warna keruh, air kencing berbau atau berbuih atau jika ia menyakitkan apabila anda membuang air kecil, seharusnya berjumpa dengan doktor. Jika tidak dirawat,masalah-masalah ini boleh membawa kepada wujudnya penyakit buah pinggang pada masa akan datang. Berjumpa dengan pakar atau seorang doktor mampu atau memperoleh cara mengatasi sakit buah pinggang.

 

5. Perhatikan simptom-simptom gejala anemia.

Jika anda sentiasa letih, mudah mengalami kesan lebam atau pening, anda mungkin menghidap anemia. Keadaan ini boleh menyumbang kepada penyakit buah pinggang jika tidak dirawat dengan betul atau menjadi masalah kronik. Cara mengatasi sakit buah pinggang adalah dengan kerap memerhatikan simptom gejala anemia ini. Ia adalah untuk kebaikan anda.

 

6. Lakukan ujian air kencing dan darah sekurang-kurangnya setahun sekali.

Cara mengatasi sakit buah pinggang adalah dengan melakukan ujian ini kerana ia boleh membantu mengesan tanda-tanda awal masalah buah pinggang serta lain-lain masalah perubatan. Ia adalah untuk kebaikan buah pinggang anda. Melakukan ujian ini merupakan satu langkah yang drastik dalam memilih cara mengatasi sakit buah pinggang ini.

 

7. Sentiasa kekal aktif untuk mengekalkan berat badan seimbang.

Jadual pelaksanaan biasa iaitu 30 minit sehari, lima kali seminggu akan membantu badan anda berfungsi secara normal. Melakukan aktiviti seperti bersenam dan melakukan aktiviti sukan yang lain mampu mencegah masalah sakit buah pinggang. Ianya satu cara mengatasi sakit buah pinggang yang mudah dilakukan.

 

8. Minum banyak air.

Buah pinggang anda akan memproses setiap cecair yang masuk ke dalam badan anda. Air sangat mudah pada buah pinggang anda dan juga boleh membantu membersihkan kotoran daripada sistem anda. Cara mengatasi sakit pinggang ini boleh dilakukan secara berperingkat. Air yang disyorkan adalah lebih kepada air putih kerana banyak khasiat yang diperolehi.

 

9. Kurangkan pengambilan alkohol

Jika anda memilih untuk minum minuman beralkohol, berpada-padalah kerana alkohol juga adalah salah satu daripada punca kerosakan buah pinggang. Berhenti daripada meminum minuman ini adalah lebih baik. Ia memastikan kesihatan anda terjamin.

 

10. Ikut arahan yang ditetapkan jika mengambil suplemen

Pengambilan ubat tahan sakit yang berlebihan dan tak terkawal boleh menyebabkan buah pinggang rosak dan ia seharusnya ia dielakkan jika anda memang sedang menghidap penyakit buah pinggang. Aspirin, ibuprofen dan acetaminophen adalah antara jenis ubat tahan sakit yang biasa diambil oleh orang ramai. Dapatkan nasihat doktor untuk memastikan samada ubatan tersebut selamat atau tak untuk anda.

 

11. Jangan merokok

Jika anda seorang perokok, cubalah sebaiknya untuk berhenti merokok. Mendapatkan khidmat Kaunseling, ubatan atau cara alternatif paling mudah yang memang terbukti boleh membantu anda dapat berhenti merokok. Sedikit sebanyak, rokok juga punca kepada masalah penyakit buah pinggang. Cara mengelakkan sakit buah pinggang adalah dengan berhenti untuk merokok.

 

12. Kurangkan pengambilan garam

Garam dapat meningkatkan jumlah natrium dalam tubuh. Ia bukan setakat meningkatkan tekanan darah, tetapi juga mengundang pembentukan batu karang.

 

13. Jangan tahan buang air kecil

Penyaringan darah adalah fungsi utama yang dilakukan oleh ginjal. Menahan diri untuk membuang air kecil akan memberi infeksi pada buah pinggang. Perkara ini boleh mempengaruhi gerak kerja buah pinggang.

 

14. Pilih minuman yang sihat

Jus buah-buahan yang segar adalah cara lain untuk minum lebih banyak cecair dan menjaga buah pinggang anda. Jus membantu dalam sistem penghadaman untuk mengekstrak lebih banyak air.

 

15. Hindari sebarang ubatan yang tidak perlu

Semua jenis ubatan yang anda ambil akan melalui buah pinggang untuk proses penyaringan. Peningkatan dos atau pengambilan ubatan secara berlebihan boleh meningkatkan beban buah pinggang.

 

16. Kurangkan pengambilan gula

Gula mengganggu mineral dalam tubuh, yang mengakibatkan kekurangan kromium dan tembaga, serta mengganggu penyerapan kalsium dan magnesium.

 

17. Pilih makanan yang baik untuk jantung

Makanan yang baik seperti buah-buahan segar, sayur beku atau segar, makanan bijirin penuh dan produk tenusu rendah lemak.

 

18. Kurangkan juga pengambilan daging.

Diet yang mengandungi tinggi protien haiwan akan mempengaruhi pembentukan batu kalsium. Daging menghasilkan asid urik selepas ia diproses oleh badan. Asid uric merupakan masalah asas dalam pembentukan batu asid uric.

 

19. Kurangkan kafein.

Kafein akan bertindak sebagai diuretic yang akan menyebabkan badan kehilangan cecair berlebihan. Akibat dari proses ternyahidrat, buah pinggang anda terpaksa bekerja keras untuk mengepam cecair dan toksin yang akan mengakibatkan tekanan yang berlebihan.

 

20. Pengambilan garam buluh

Garam buluh dapat membantu dalam proses pencernaan makanan. Ini kerana garam buluh telah pun melalui pembakaran sebanyak 9 kali dan tenaga pada garam ini telah berubah. Garam buluh adalah makanan bersifat alkali dan kuasa penyembuhan semulajadi. Kebolehannya adalah untuk meneutralkan asid dalam badan dan mengeluarkannya. Proses keseluruhan melibatkan penyahtoksin, pengeluaran toksin, dan pembersihan darah. Dengan ini, sistem peredaran yang baik dapat dipulihkan.

Banyak cara untuk mengatasi sakit buah pinggang ini. Adalah lebih baik jika membuat pemeriksaan awal tentang kesihatan tubuh badan anda. Jika anda mencegah atau mengambil langkah awal dalam mengatasi masalah ini, sedikit sebanyak anda dapat mengurangkan risiko sakit buah pinggang.

Suka atau tidak, anda harus mengamalkan diet atau pemakanan yang sihat bagi mencegah penyakit-penyakit kronik yang lain juga. Hal ini kerana, apabila buah pinggang anda telah rosak, ia akan terus merosak sampai bila-bila dan paling teruk lagi sebab ia juga boleh membawa masalah dan penyakit lain termasuklah risiko sakit jantung. Banyak cara mengatasi sakit buah pinggang yang telah dinyatakan. Jadi anda tiada pilihan selain daripada mengubah gaya hidup dan pemakanan kepada yang lebih sihat dan memperlahankan kerosakan tersebut daripada menjadi lebih kronik.

​

Buah Pinggang kita adalah amanah dari Allah..Jagalah ia sebaik mungkin dengan mengelakkan perkara-perkara di atas dari awal usia. Mudah-mudahan kita masih mampu mensyukuri nikmat sihat yang masih diberikan. INSYAALLAH.

​

​

bottom of page