top of page

GANGGUAN HISTERIA

PANDUAN PENGURUSAN  MENANGANI KES HISTERIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

 

 

  1. PENGENALAN

Dalam menjalani kehidupan dan pembelajaran seharian di sekolah, kanak-kanak dan remaja warga sekolah tidak akan terlepas daripada mengalami pelbagai tekanan dan kecelaruan sehingga membawa kepada tekanan emosi (stres). Kejadian Histeria yang berlaku dalam kalangan murid di sekolah boleh dikaitkan dengan tekanan emosi yang dialami oleh murid samaada di sekolah atau di asrama

                                                                                                                       

  1. KONSEP

Persediaan awal Panduan Pengurusan Menangani Kes Histeria dari segi tindakan sebelum, semasa dan selepas kes histeria berlaku akan dapat membantu gejala ini dapat ditangani dengan lebih berkesan. Pelaksanaan awal pendidikan Kesejahteraan Mental dapat mengatasi sebahagian kejadian histeria yang berlaku dalam kalangan kanak-kanak dan remaja dewasa ini. Kesejahteraan Mental bermakna pendidikan pengurusan stres, keresahan dan kemurungan dalam kalangan murid dan warga sekolah. Kesedaran untuk mengenalpasti murid-murid yang mempunyai masalah kesihatan mental (tekanan perasaan berterusan, kemurungan dan masalah emosi) akan dapat membentuk kesejahteraan murid. Oleh itu, memperkasakan pelajar menangani stres, cabaran kehidupan sehari-hari dengan berkesan melalui kemahiran daya tindak (coping skills) dan teknik relaksasi akan membantu sekolah menangani gangguan perasaan dan kecelaruan minda, termasuk kes histeria dan kemurungan dalam kalangan murid.

 

 

 

 

  1. DEFINISI OPERASIONAL

 

Histeria bermaksud seseorang yang terganggu fikirannya atau psikologinya yang menjadikan seseorang itu stress, anzieti, murung, risau, susah hati, yang menyebabkan mereka menjadi tidak sedar diri.

 

  1. PUNCA 

 

Antara faktor yang boleh menjurus murid mengalami kes hysteria adalah seperti berikut;

 

  1. Faktor keluarga: Tekanan di rumah akibat masalah keluarga, kewangan (kemiskinan).

  2. Faktor Sekolah: Tekanan di sekolah akibat masalah pembelajaran, persekitaran sekolah yang tidak kondusif

  3. Faktor Sosial : Tekanan perhubungan dengan rakan, pergaduhan, percintaan.

  4. Faktor individu: Konsep kendiri yang rendah, kurang kemahiran daya tindak (coping skills) bagi mengatasi stress, anzieti dan kemurungan.

 

  1. OBJEKTIF

 

Objektif Panduan Pengurusan Menangani Kes Histeria adalah sebagai persediaan lebih awal dari segi tindakan bagi menangani sebelum, semasa dan selepas kes histeria berlaku. Antara objektif ialah;

  1. Memberi kefahaman dan kesedaran kepada warga sekolah tentang menangani kes histeria di sekolah.

  2. Menjadi panduan berhubung strategi pelaksanaan program perkembangan, pencegahan dan pemulihan bagi kes histeria

  3. Menjadi panduan pelan tindakan semasa berlaku kes hysteria

  4. Mengesan gejala awal minda tidak sihat dalam kalangan murid serta mengenalpasti tanda dan punca histeria berlaku.

  5. Mengurangkan tahap stres dalam kalangan murid dan melaksanakan intervensi stres.

  6. Merujuk murid yang mengalami masalah emosi, psikologi, mental dan

histeria kepada pihak yang bertanggungjawab dengan prosedur yang betul.

 

  1. PANDUAN PENGURUSAN MENANGANI KES HISTERIA

 

Bagi menghadapi kes histeria, beberapa langkah perlu diambil sebagai

 

  1. SEBELUM KES HISTERIA BERLAKU

 

  1. Saringan Minda Sihat

 

Program utama yang dilaksanakan bagi mengenalpasti kesihatan mental murid

melalui  Program Minda Sihat iaitu;

  1. Saringan DASS dan Saringan Gaya Daya Tindak

  2. Intervensi

  3. Program Pengukuhan

 

 

  1. Maklumat Pegawai Perhubungan

 

Menyediakan maklumat berkaitan pegawai perhubungan, nombor telefon, dan dipaparkan ditempat yang mudah dibaca dan dikesan. Pegawai perhubungan yang dicadangkan ialah;

  1. Klinik Kesihatan

  2. Balai Polis

  3. Balai Bomba

  4. Pertahanan Awam

 

 

  1. SEMASA HISTERIA  BERLAKU

 

  1. Peranan Pentadbir/Guru

 

  1. Guru berada dalam keadaan tenang.

  2. Guru berperanan menenang dan memulihkan mangsa histeria

  3. Mengasingkan mangsa kes histeria di  tempat yang khas (Tidak dicampurkan dengan murid yang sihat)

  4. Berhubung dengan pihak luar seperti Klinik Kesihatan, Balai Polis, Balai Bomba dan Pertahanan awam (mengikut keperluan)

  5. Berhubung/ maklumkan kepada ibu bapa yang terlibat.

 

  1.  Peranan Murid

 

  1. Murid berada dalam keadaan tenang

  2. Asingkan murid yang sihat dengan murid yang mengalami histeria.

  3. Asingkan murid yang baru mengalami tanda-tanda stress dengan murid yang kuat histeria.

  4. Tidak berkumpul atau menyaksikan mangsa yang sedang di rawat histeria.

  5. Murid dibenarkan mendapatkan rawatan atau bercuti dalam jangka masa yag pendek.

  6. Murid digalakkan datang segera semula belajar seperti biasa selepas pulih.

 

 

  1.  Peranan Ibu Bapa

 

  1. Ibu bapa berada dalam keadaan tenang

  2. Beri peluang Guru/Perawat memulih dan menenangkan murid yang mengalami histeria

  3. Bawa balik anak ke rumah atau bercuti dalam jangka masa yang pendek (Jika Perlu).

  4. Bimbing anak-anak supaya sentiasa berada dalam keadaan tenang dan tidak stres.

  5. Segera menghantar anak belajar semula ke sekolah setelah pulih dari kes histeria.

 

 

  1. Peranan Agensi

 

Penglibatan agensi lain seperti Klinik Kesihatan, Balai Polis, Balai Bomba, Pertahanan Awam.

  1. Menyenaraikan talian perhubungan yang mudah dihubungi

  2. Agensi segera memberikan bantuan kepakaran bagi membantu mangsa kes histeria.

  3. Psikitri (Klinik Kesihatan) memberikan bantuan psikologi

  4. Polis, Bomba dan Pertahanan awam memberikan bantuan penyelamat dan keselamatan (mengikut keperluan)

 

  1. Peranan Rawatan Alternatif

 

Bagi membantu memulih mangsa kembali pulih dan tenang rawatan alternatif seperti kerohanian dan keagamaan juga boleh dilaksanakan supaya mangsa kembali sihat.

 

  1. SELEPAS HISTERIA BERLAKU

 

  1. Merujuk murid yang terlibat kepada Guru Kaunseling bagi melaksanakan program  intervensi

  2. Bagi kes yang kritikal, rujuk murid kepada psikitri sebagai sesi pemulihan

  3. Menyediakan laporan (Bagi kes yang ramai, laporkan kepada PPD dan JPN dengan mematuhi SOP 1:3:7)

 

 

7.       PENUTUP

 

Pengetahuan mengurus stres dalam kalangan murid dilihat sebagai cara untuk meningkatkan kebolehan daya tindak dalam menghadapi permasalahan. Justeru , kemahiran mengurus stres  wajar diketahui dan dipelajari oleh murid untuk mewujudkan iklim pembelajaran yang kondusif di sekolah, Maka tidak secara langsung kes-kes histeria dapat ditanggani secara lebih berkesan.

bottom of page