top of page

PENGURUSAN STRES

Setiap individu yang dilahirkan ke dunia ini pernah dan pasti akan menghadapi stres, atau dengan erti kata lain, ketegangan dalam kehidupan seharian. Stres hampir boleh dirasai oleh semua individu, tanpa mengira darjat dari peringkat paling bawah sehinggalah kepada golongan ternama. Stres boleh berpunca daripada perkara yang paling asas iaitu perihal hak dan keperluan manusia seperti mendapatkan sumber makanan serta menghirup udara yang bersih. Stres lahir akibat pelbagai desakan kehidupan. Stres juga boleh tercetus bukan disebabkan sesuatu yang menjadi keperluan dan kemestian, tetapi disebabkan kehendak-kehendak lain iaitu kehendak fikiran, kebebasan untuk bersuara, perniagaan, keuntungan dan perluasan kuasa.

 

                Morris dan Maisto (2003) telah memberi takrifan stres merujuk kepada ketegangan psikologi atau strain, iaitu suatu proses berlakunya gerak balas tubuh badan dan emosi yang tidak tenteram terhadap sesuatu situasi stres. Dari aspek psikologi pula (Smit & Schabracq, 1997) telah mentakrifkan stres sebagai keadaan psikologikal yang muncul apabila berlakunya ketidakseimbangan atau ketidaksepadanan yang signifikan antara persepsi individu terhadap desakan dan kemampuan menghadapi desakan tersebut. Walau bagaimanapun menurut (Blandford,1999) stres boleh diatasi jika ketidakseimbangan yang wujud dapat ditangani.

 

               Dalam bidang fizik, stress membawa maksud regangan atau tekanan terhadap sesuatu sistem. Dalam konteks regangan tubuh, stres merujuk kepada tindak balas kimia akibat daripada proses perubahan tekanan dari luar. Dari perspektif biologikal, stres dilihat sebagai perangsang yang mencetuskan gangguan atau perubahan yang reaktif dalam jangkamasa pendek dan sebagai reaksi tindakbalas terhadap sesuatu gangguan.    Sementara itu, dari sudut pandangan psikososial stres didefinisikan sebagai perhubungan di dalam alam semulajadi yang melibatkan beberapa bentuk perhubungan dan interaksi antara individu dan persekitarannya.

 

PUNCA STRES

 

DIRI SENDIRI

Tidak rasional

•Ingin popular/dikenali

•Kedudukan / pangkat

•Kuasa / pengaruh

•Kejayaan / ganjaran

•Tanggungjawab

•Kebebasan

•Harapan terlalu tinggi

•Pengurusan diri lemah

•Sikap hendak segera / cepat

•Rigid

 

PERSEKITARAN KERJA

•Bising / suhu panas

•Perpindahan

•Konflik / hubungan kerja

 

KELUARGA

•Masalah ahli keluarga

•Perbelanjaan meningkat

•Pertelingkahan

•Permintaan ahli keluarga


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

•‘Deadline’ / beban kerja

•Peluang peningkatan diri


PUNCA KUASA LUARAN

•Teknologi dan produk baru

•Persaingan / bencana alam

•Tekanan masyarakat

 

Pegangan / cara hidup negatif

1.Kelemahan Hati

  - sakit, dengki, tamak dsb.

2.  Kelemahan Akal

  - tidak berfikir panjang, jalan singkat,    terburu-buru

3.  Rohani – lapar

  - tidak diisi & dididik, hubungan dgn Allah   renggang

4.Pengaruh Nafsu

  - amarah banyak, mutma’inah sedikit

  - mazmumah / mahmudah.

 

      KESAN STRES

 

KESAN POSITIF STRES

Mempertingkatkan

  daya saing

–Meningkatkan motivasi

–Meningkatkan tahap kesihatan

 

KESAN STRES DARI SEGI FIZIKAL

 

•Pening Kepala

•Kering Mulut

•Tegang Otot

•Sesak Nafas

•Mudah letih

•Sembelit

•Muntah

•Ruam / Masalah Kulit

•Sakit Perut / Dada / Pinggang

• Jantung Cepat

•Tekanan Darah Tinggi

 

KESAN STRES DARI SEGI EMOSI

 

•Berubah-ubah

•Risau/bimbang

•Kemurungan

•Agresif

•Gelisah / Gugup

•Mudah Marah

•Mengasingkan Diri

•Mudah Menangis /

•Takut

•Kurang Kawalan Diri

•Kurang Minat/Bosan

•insomnia

 

TINGKAH LAKU

•Makan banyak/sedikit

•Tidur banyak/sedikit

•Tidak sabar/baran

•Penggunaan Dadah / Alkohol

•Banyak Merokok

•Ponteng Kerja

•Tidak Hirau Kebersihan 

 

SOSIAL

•Mengelak pergaulan

•Selalu konflik di tempat kerja

•Kehilangan kawan

•Kurang toleransi

 

MENTAL

•Kurang Tumpuan

•Ingatan Lemah

•Tidak Rasional

•Mimpi Ngeri

•Bercelaru

•Mudah marah bila dikritik

 

 

SPIRITUAL

•Jiwa kosong

•Hilang haluan hidup

 

KESAN LAIN AKIBAT STRES

•KEPUASAN KERJA MENURUN

•TIDAK HADIR KERJA BERTAMBAH

•HUBUNGAN DENGAN RAKAN / KETUA / KELUARGA MEROSOT

•KOMITMEN KPD KERJA MENURUN

•PRODUKTIVITI MENURUN

•SUKA MENYENDIRI/BERMENUNG

•KADANG-KADANG CAKAP SENDIRIAN

•MALAS BERIBADAT

 

MENGURUS STRES

•Teknik pernafasan

•Teknik relaksasi otot / Urutan

•“Ocupressure”

•Riadah/Senaman regangan

•Teknik Manipulasi Minda

•Meditasi/Yoga

•Memupuk budaya PERASA

•“Music therapy”

•Aromatherapy

•Hobi

•Mengurus masa

•Kerohanian

•Kaunseling

•Dan lain-lain

 

MENANGANI STRES

•BERSYUKUR & REDHA DENGAN RAHMAT ALLAH

•AMBIL WUDUK & BERSOLAT

•MEMBACA QURAN

•BERDOA & BERZIKIR

•AMALAN SOLAT BERJAMAAH

•BERPUASA

•QIAMMULAIL

•HADIR MAJLIS ILMU

•BERSEDEKAH

•MUHASABAH DIRI

•MEMAAFKAN

•NIAT BEKERJA KERANA ALLAH/ TAWAKAL

•PEGANGAN QADA’ DAN QADAR

bottom of page