top of page

KESIHATAN MENTAL

Kebimbangan dan kemurungan adalah dua keadaan yang melibatkan emosi. Kebimbangan merupakan satu keadaan yang ditandai oleh rasa cemas  disertai dengan gejala fizikal  (somatic) yang disertai aktiviti  berlebihan daripada susunan saraf autonomik. Kedua-dua keadaan  ini  melibatkan fungsi emosi. Ciri yang ketara adalah keadaan terganggunya fungsi perasaan yang berlebihan seperti perubahan cara tidur dan nafsu makan, psikomotor, penumpuan, keletihan, tiada harapan dan tak bermaya, serta tanda  yang lebih teruk adalah bunuh diri.

 

             Perasaan yang sering berubah dan sulit dikendalikan dikenali juga sebagai gejala kemurungan, perasaan putus asa, kehilangan harapan, sedih, cemas, rasa bersalah, curiga pada orang lain, sering timbul perasaan tidak menentu hampa dan kosong. Seseorang mengalami kemurungan juga dapat ditandai dari gejala psikologi yang ada seperti kehilangan harga diri dari orang lain, ingin melarikan diri dari masalah, dan muncul perasaan yang sangat sensitif. Bahkan penderita kemurungan yang teruk mempunyai fikiran bayang-bayang yang sangat membahayakan dan merugikan. Fikiran bayang-bayang ini berupa pernyataan kebimbangan  seperti seseorang akan membunuh atau mencederakan, seseorang akan meracuni dan sebagainya. Semua bentuk-bentuk perasaan ini akan menjejaskan kehidupan emosi dan kesihatan mental individu sekiranya tidak di atasi secara holistik.

 

             Satu survei Kesihatan Mental Dunia (WMH) mendapati, mengakhiri perkahwinan melalui bentuk perpisahan, perceraian atau kematian mempunyai kaitan dengan peningkatan risiko gangguan masalah kesihatan mental seperti putus asa, kemurungan, bunuh diri maupun kecenderungan penggunaan ubat-ubat terlarang atau minum-minum alcohol secara berlebihan.

 

            Keyes C. L. M. & Waterman, M. B. (2003) menjelaskan bahawa antara kesejahteraan dan kesihatan mental dua istilah yang tak terpisahkan kerana kesejahteraan kendiri merujuk kepada kesihatan mental dan sebaliknya. Lebih lanjut dijelaskannya bahawa terdapat tiga aspek dalam kesejahteraan kendiri atau kesihatan mental ini iaitu kesejahteraan psikologi, kesejahteraan emosi dan kesejahteraan sosial.

 

            Mengikut takrifan daripada US Department of Health and Human Services bahawa  kesihatan mental adalah suatu keadaan  berfungsinya mental secara baik, menghasilkan aktiviti yang produktif, pemenuhan perhubungan dengan ahli-ahli masyarakat dan sosial yang berterusan, dan kebolehan menyesuiakan kendiri setara dengan perubahan persekitaran yang timbul, selain daripada itu individu boleh  mengatasi permasalahannya dengan pelbagai cara.

 

            Merujuk pada takrifan kesejahteraan mental di atas jelas menunjukkan bahawa peranan anggota masyarakat sangat signifikan dengan cara kehidupan kognitif dan emosi seseorang. Ertinya interaksi aktif antara ahli-ahli masyarakat dapat dijadikan penanda aras sama ada ahlinya mempunyai kecenderungan normal atau tidak normal. Seseorang dikatakan sejahtera kendiri dan sihat mental apabila ia dapat mengambil faedah daripada interaksi antara dirinya dengan persekitaran untuk mendapatkan sokongan sosialnya.

 

Kesihatan Mental

 

Otto et al. (2009) menjelaskan bahawa kesihatan mental yang baik adalah meliputi  kepuasan hidup dan penghargaan kendiri yang baik. Dalam sebuah  kajian mendapati bahawa kepercayaan peribadi (personal belief adalah mempunyai hubungan regressi linear yang signifikan dengan kesihatan mental.  Kesihatan  mental terdiri dari sikap yang positif dan realistik terhadap kendiri, berkembang ke arah kendiri sebenar (self actualization) keintegrasian dan keseimbangan psikologi apabila menghadapi tekanan, autonomi, persepsi yang tepat dengan realiti, pernyesuaian kendiri dengan persekitaran, termasuklah kemampauan  memberi kasih sayang, bekerjasama dan menyelasikan masalah dengan berkesan.

 

Manakala takrifan kesihatan mental menurut Swinton (2001) adalah seseorang dikatakan sihat mental apabila memiliki ciri berikut iaitu tidak mengalamai masalah kesihatan scara psikologi dan fizik, tingkah  laku social yang kukuh, terbebas dari perasaan bersalah dan takut, pengawalan kendiri yang baik, penerimaan kendiri secara positif, minda  terbuka dan menerima perubahan persekitaran secara munasabah dan organisasi personality secara integrasi.

 

Oleh itu secara ringkas dapat dikatakan bahawa sihat mental adalah seseorang yang mampu menempatkan dirinya dengan baik selari dengan perubahan persekitaran yang dihadapinya sama ada secara emosi mahupun bukan. Dengan kata lain seseorang sihat mental apabila ianya mampu menyatakan keadaan sebenar tingkah laku, perasaan mahupun emosinya.

 

Kebimbangan

 

Kebimbangan atau “anxiety” berasal dari bahasa Latin “angustus” yang bererti kaku, dan “ango, anci” yang bermaksud mencekik.  Konsep kebimbangan memegang peranan yang sangat mendasar dalam teori-teori tentang penyesuaian diri. Kebimbangan juga adalah merupakan keadaan emosi yang tidak menyenangkan, yang ditandai oleh perasaan-perasaan subjektif seperti ketegangan, ketakutan, kegelisahan dan juga diisyaratkan secara aktifnya melalui sistem syaraf pusat.  Freud mendefinisikan kebimbangan sebagai suatu perasaan yang tidak menyenangkan, yang diikuti oleh reaksi fisiologi tertentu seperti perubahan denyut  jantung dan pernafasan yang cepat. Kebimbangan juga melibatkan persepsi tentang perasaan yang tidak menyenangkan dan reaksi fisiologi, dengan kata lain kecemasan adalah reaksi atas situasi yang dianggap berbahaya adanya halangan terhadap keinginan pribadi, adanya perasaan-perasaan tertekan yang timbul dalam kesadaran.

 

                Sebagaimana diketahui ada dua tingkatan kebimbangan. Pertama, kebimbangan  normal, iaitu pada masa individu masih menyedari konflik-konflik dalam diri yang menyebabkan bimbang. Kedua, kebimbangan  neurotik, ketika individu tidak menyedari adanya konflik dan tidak mengetahui penyebab kebimbangan. Manifestasi kebimbangan juga terdiri daripada empat.  Manifestasi kognitif, yang terwujud dalam pikiran seseorang, seringkali memikirkan tentang bahaya atau kejadian buruk yang akan terjadi.  2) Tingkah laku motorik, kebimbangan seseorang terwujud dalam gerakan tidak menentu seperti gementar.  3) Perubahan somatik atau fizikal, timbul  dalam keadaaan mulut kering, tangan dan kaki sejuk, cirit birit, kerap buang air kecil, ketegangan otot, peningkatan tekanan darah. Hampir semua penderita kebimbangan yang berlebihan menunjukkan peningkatan denyut  jantung dan tekanan darah.  4) Afektif,  wujud melalui  perasaan gelisah dan perasaan tegang yang berlebihan.

 

                Manakala Freud mengemukakan bahawa lemahnya ego akan menyebabkan ancaman yang mencetuskan kebimbangan. Sumber  ancaman terhadap ego berasal dari dorongan yang bersifat naluri dari id dan tuntutan-tuntutan dari superego. Ini kerana ego adalah sebagai eksekutif personaliti, oleh yang demikian ego akan mengawal tindakan, memilih bentuk respon, dan memutuskan naluri yang tepat.

 

                Insting  manakah yang akan dipuaskan dan bagaimana caranya dalam melaksanakan fungsi-fungsi eksekutif ini, ego harus berusaha mengintegrasikan tuntutan id, superego, dan dunia luar yang sering bertentangan. Hal ini sering menimbulkan kebimbangan yang teruk pada ego dan menyebabkan timbulnya kebimbangan yang berlebihan.

 

                Selaras dengan huraian di atas maka kebimbangan merupakan suatu keadaan daripada perasaan yang tidak menentu dan pengalaman dalam masa yang tertentu. Kebimbangan juga bergantung kepada kualiti dan kuantiti perhubungan seseorang dengan persekitaarannya. Selain itu tahap sokongan sosial sangat mempengaruhi penerimaan dan penolakan orang lain terhadap seseorang individu. Penerimaan bermakna sejauhmana kemesraan penerimaan orang lain terhadap individu, manakala penolakan ini membawa erti adakah orang lain akan mengabaikan dan tidak mengambilkira nasib dan keadaan seseorang individu.

 

                 Menurut Hammen, C. (1991) bahawa kebimbangan dan tekanan adalah dua pembolehubah yang berhubungan. Kebimbangan adalah merujuk kepada kejadian negatif yang dialami individu seperti keadaan emosi mahupun keadaan mood seseorang.

 

                 Gilbert (2007) menjelaskan bahawa kebimbangan ini terdiri daripada pelbagai jenis kebimbangan dan salah satunya adalah jenis kebimbangan sosial, ( kurangnya faktor sokongan sosial, seperti keluarga, rakan, mahupun orang lain daripada persekitaran kerja, persepsi negatif daripada perhubungan sosial). Salah satu proses terapi adalah kolaborasi, berkongsi  kesukaran dan membuat pelan bersama dengan orang lain yang berbentuk aktiviti.

 

                 Kebimbangan adalah salah satu pencetus  masalah kesihatan utama di dunia ini pada setiap peringkat golongan masyarakat. Banyak kesan-kesan negative kebimbangan ini seperti berhenti kerja, menggunakan dadah,  bunuh diri, hilang kawalan diri, hilang penumpuan, kehilangan semangat hidup dan dan curiga yang berlebihan pada orang lain (Reinecke, 2002).

 

                 Ansbacher (dalam Reinecke, 2002) mencadangkan bahawa perancangan rawatan kebimbangan adalah seperti membina hubungan baik, berkongsi pengalaman dengan orang lain, dan membina hubungan sosial yang luas. Manakala  Davey (2006) mencadangkan agar mengenalpasti punca kebimbangan untuk mengatasi masalah pengurangan perasaan bimbang yang berlebihan, sebab sesetengah orang membiarkan dirinya dalam kebimbangan kerana kebimbangan ini dianggap sebagai penolakan, kaedah daya tindak (coping strategi), penyelesaian masalah (problem solving), dan  intolerance of uncertainty.

 

 

Kemurungan

 

Kekecewaan yang mendalam dan terus menerus dalam diri individu sangat berpotensi menimbulkan kemurungan. Siapa pun, dari golongan atau etnik manapun dan usia berapa pun sangat mungkin mengalami kemurungan. Pengalaman buruk, pengalaman yang mengecewakan, kehilangan sesuatu yang dicintai berpotensi menimbulkan kemurungan. Kemalangan, kehilangan barang, kehilangan pekerjaan, kehilangan pangkat, mengalami tuduhan negatif seperti difitnah oleh orang lain, kehilangan seseorang yang dicintai akibat meninggal, biasanya menimbulkan rasa kecewa yang mendalam.

 

                  Walaupun batasan kemurungan mungkin tidak dapat dirumuskan secara pasti. Sebagai bagian dari emosi dan kehidupan psikologi, kemurungan dapat didefinisikan sebagai bahagian daripada penyertaan komponen psikologi dan komponen fizikal. Komponen psikologi antaranya rasa sedih, susah, rasa tak berguna, gagal, kehilangan, tak ada harapan, putus asa, penyesalan, dan sebagainya, manakala komponen fizikal, seperti gementar, rasa sejuk, penat yang berlebihan,  tekanan darah tinggi atau tekanan darah rendah dan denyut jantung menurun.

 

                   American Psychiatric Association (APA) memberi takrifan masalah mental sebagai tanda tingkah laku psikologi yang tampak secara klinikal terjadi pada seseorang yang berhubungan dengan keadaan emosi atau perasaan yang menyakitkan. Dengan kata lain, kemurungan sebagai salah satu bagian dari gangguan mental yang menyebabkan rasa sakit mental yang mendalam atas terjadinya sesuatu yang tidak menyenangkan dan tidak dinginkan sehingga menimbulkan perasaan putus asa, tidak ada harapan, sedih, kecewa, dengan ditandai adanya masalah-masalah motorik dan fungsi fizikal yang terjejas.

 

                   Dobson & Dozois (2008)  menyatakan bahawa terdapat tiga keadaan penyebab kemurungan iaitu faktor psikologi, faktor sosial dan biologi. Lebih lanjut dijelaskannya bahawa faktor sosial antara lain berkaitan dengan isu-isu hubungan perkahwinan mahupun sokongan sosial.  Keadaan kemurungan bukan saja menjejaskan keadaan perasaan seseorang tetapi juga dapat mengganggu cara berfikir, persepsi, emosi, pertahanan kendiri dan kesedaran kendiri (Schwartz, T, L. & Peyerswn, T J., 2006). Orth, U. et al. (2009) mendapati bahawa kemurungan adalah faktor risiko bebas daripada kebimbangan, kerana seseorang dalam tahap kebimbangan yang tinggi akan mengalami tahap tekanan yang hebat.

 

                   Berdasarkan huraian di atas dapat dikatakan bahawa kemurungan dapat menyebabkan kehilangan perspektif hidup seperti pandangan hidup, pandangan terhadap pekerjaan, pandangan terhadap keluarga semuanya dapat menjadi kabur. Secara amnya pandangan orang-orang yang mengalami kemurungan terhadap persekitarannya cenderung melihat sebagai suatu keadaan  yang menyakitkan, kerugian dan penghinaan. Pada diri sendiri cenderung menganggap diri kurang bernasib baik, sial, tidak berguna, dan tidak berharga. Terhadap masa depan pula dirasakan penuh kesukaran, kerugian dan kekecewaan.

 

Petikan daripada kertas kajian: SOKONGAN SOSIAL, KEBIMBANGAN DAN KEMURUNGAN KE ATAS KESIHATAN MENTALIBU TUNGGAL

Zaini Said, Yahaya Mahmood, Fatimah Yusouf dan Khairul Anuar Mastor (UKM)

​

_________________________________________________________________________________________________________________________

Bolehkah Pesakit Mental Kembali Bekerja?

 

Pengenalan

​

Seseorang individu yang mengalami penyakit mental, kefungsiannya dari segi pesonaliti, pergaulan sosial dan kognitif akan mengalami perubahan dan gangguan. Di Australia, seorang daripada lima orang rakyatnya mengalami penyakit mental. Data ini diperolehi daripada “Australian Health Ministers, 1992”.

         Di Malaysia, jumlah pesakit psikiatri yang dirawat di hospital pada tahun lepas ialah sebanyak 21,852 kes berbanding 21,217 kes pada tahun sebelumnya daripada Pengarah Pembangunan Perubatan, Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Azmi Shapie. Sehubungan dengan bukti data yang dipaparkan maka pemulihan ataupun rehabilitasi amat perlu untuk memastikan pesakit mental dapat kembali berdikari ke tahap yang maksima di dalam kehidupan seharian mereka serta dapat memenuhi tanggungjawab terhadap diri,keluarga dan masyarakat .

        Menurut WHO (World Health Organization) pemulihan adalah satu proses yang bertujuan mengurangkan kecacatan dan kesannya terhadap seseorang individu dan membolehkan seseorang itu berintegrasi semaksimum yang mungkin di dalam komuniti.

​

Stigma adalah satu perkara yang boleh menjejaskan kehidupan pesakit mental. Persepsi negatif oleh anggota masyarakat terhadap pesakit mental selalunya menyebabkan mereka tertekan kerana masyarakat menganggap mereka selalu bertindak di luar jangkaan.Tanggapan ini menjadi lebih jelas dengan paparan berita-berita daripada media cetak dan media elektronik tentang pembunuhan dan amukan yang dilakukan oleh pesakit mental.

Sebenarnya,perkara yang dipaparkan tidak mengambarkan keadaan yang sebenarnya kerana terdapat banyak faktor yang boleh mencetuskan senario yang tragis ini. Di antaranya adalah:

  1. Masalah penjagaan kesihatan mental, keluarga, persekitaran dan taraf ekonomi mereka. Penjagaan kesihatan mental amatlah perlu dititikberatkan kerana dengan cara ini penyakit mental tidak akan berulang iaitu kadar “relapse” tidak akan meningkat jika mereka diberi “psychoeducation” tentang kepentingan ubat dalam kehidupan mereka. Pemantauan yang berterusan amatlah diperlukan untuk mempastikan mereka sentiasa mengambil ubat mengikut jadual.

  2. Faktor kedua yang sama pentingnya adalah keluarga pesakit mental. Keluarga dianggap seperti tiang tanpanya sebuah rumah tidak dapat berdiri dengan kukuh. Peranan yang dimainkan oleh pihak keluarga pesakit mental amatlah penting untuk mereka. Sokongan, perhatian dan kasih sayang yang tidak berbelah bagi amat perlu bagi meningkatkan semangat dan keyakinan diri di dalam menjalani kehidupan seharian mereka. Sokongan moral yang berterusan amatlah diperlukan oleh mereka ini.

  3. Faktor ketiga adalah persekitaran. Persekitaran yang memberangsangkan dapat melonjak seseorang individu agar lebih aktif dan bermotivasi untuk mencapai kejayaan dalam hidup. Persekitaran yang negatif contohnya jika kawan-kawannya banyak memberi impak yang tidak baik seperti ketagihan dadah maka secara tidak langsung seseorang individu akan tertarik ke kancah ketagihan dadah walaupun pada mulanya ia tidak langsung memerlukannya.

  4. Faktor taraf ekonomi juga boleh menyebabkan seseorang individu mudah mengalami penyakit mental dan di antaranya adalah kemiskinan.Puncanya mungkin banyak dan salah satu daripadanya adalah taraf pendidikan yang rendah menyebabkan rezeki mereka hanya kais pagi, makan pagi dan kais petang makan petang.Tanggungjawab mereka terhadap perbelanjaan keluarga mereka perlu pikul.Beban tanggungan ini menimbulkan masalah kewangan kepada mereka memandangkan gaji yang diperolehi tidak mencukupi dan ini memberikan tekanan yang berlebihan kepada diri mereka. Perkara ini tidak dapat dibendungkan lagi dan menyebabkan mereka mendapat penyakit mental.

 

Justeru itu,satu program yang dikenali sebagai “Supported Employment” ataupun dalam bahasa Malaysia penempatan kerja dengan sokongan telah diwujudkan bagi membantu mereka yang berpenyakit mental mengharungi kehidupan. “Supported Employment” dari segi definasinya menurut Wehman et al. 1992, menyatakan bahawa ia adalah satu kombinasi pekerjaan dan perkhidmatan yang berterusan dan bukannya cara penyediaan pekerjaan serta aktiviti pekerjaan. Ianya fleksibel untuk mempastikan mereka mendapat kebaikan dari pekerjaan tersebut.

Penempatan pekerjaan ini membekalkan sokongan berterusan,mewujudkan peluang pekerjaan, berintegrasi dan lebih fleksibel. Matlamatnya untuk menyediakan pesakit dengan program pemulihan yang lebih efektif agar pesakit dapat berdikari dari aspek mental,sosial,fizikal dan ekonomi dengan menggunakan aktiviti yang terpilih dan bersesuaian.

 

Faktor-faktor mengapa pesakit mental perlu bekerja adalah:

  1. Pekerjaan sebagai media rawatan/sistem.

  2. Mengembalikan pesakit ke dalam sistem masyarakat.

  3. Pesakit belajar melalui rutin seharian.

  4. Banyak nilai terapeutik dalam pekerjaan

  5. Menyediakan unsur-unsur positif dari segi:

  • Berdikari dalam aktiviti seharian – bangun pagi, mandi, pakai pakaian yang bersih

  • Kestabilan mental – cabaran di tempat kerja

  • Kefungsian kognitif-belajar perkara-perkara baru

  • Berdikari dari aspek fizikal.

  • Menanamkan work habits yang baik.

  • Berkeupayaan untuk bersosial

  • Berkeupayaan untuk menguruskan penyakit mereka-perlu makan ubat dan

  • Mendapatkan bantuan apabila hadapi masalah.

 

 

 

Perbincangan dengan majikan tentang pencapaian pesakit di tempat kerja

 

 

Perbincangan dan mendapatkan feedback daripada pesakit mental yang telah bekerja

Sehubungan dengan itu, kejayaan pesakit mental adalah bergantung kepada faktor-faktor seperti:

  1. Pesakit sendiri berminat untuk bekerja

  2. Pekerjaan yang ditawarkan bersesuaian dengan keinginan pesakit

  3. Sokongan berterusan

 

Jika seseorang berminat untuk bekerja maka ia akan bekerja dengan bersungguh-sungguh tanpa mengenal erti jemu tetapi jika ia tidak berminat untuk bekerja maka Jurupulih Perubatan Carakerja perlu memainkan peranannya menggalakkan dan meningkatkan motivasi mereka agar timbul keinginan mereka untuk bekerja .

Pekerjaan yang ditawarkan kepada mereka perlu bersesuaian dengan kehendak dan keupayaan mereka dan sokongan yang berterusan daripada ibubapa / keluarga / penjaga amatlah penting sebagai pembakar semangat untuk mereka lebih berdedikasi dan komited didalam pekerjaan yang mereka lakukan. Masyarakat juga memainkan peranan yang sama beratnya berganding bahu bersama-sama untuk menghulurkan bantuan dan menerima mereka seperti insan biasa yang lain.

​

Rujukan

  1. Rosenheck, R.; Leslie, D; Keefe, R; McEvoy, J; Swartz, M; Perkins, D; Stroup, S; Hsiao, JK et al. (2006). “Barriers to Employment for People with Schizophrenia”. American Journal of Psychiatry 163 (3): 411–7

  2. Becker, Deborah; Drake, Robert;Bond, Gary (2011). “Benchmark Outcomes in Supported Employment”.American Journal of Psychiatric Rehabilitation 14 (3): 230–236.

  3. Drake RE, Skinner JS, Bond GR, Goldman HH. Social security and mental illness: reducing disability with supported employment. Health Aff. 2009;28:761–770

  4. Bond, Gary; Drake, Robert; Becker, Deborah (2008). “An Update on Randomized Controlled Trials of Evidence-Based Supported Employment”. Psychiatric Rehabilitation Journal 31 (4): 280–290.

  5. Becker DR, Whitley R, Bailey EL, Drake RE. Long-term employment outcomes of supported employment for people with severe mental illness. Psychiatr Serv. 2007;58:922–928.

  6. Malaysian Society Association,Malaysia.

Sumber: http://www.myhealth.gov.my/bolehkah-pesakit-mental-kembali-bekerja/

_______________________________________________________________________________________________________________________

Memahami Psikologi Pesakit Terminal

 

Pengenalan

​

Apa itu Penyakit Terminal? Apa yang dimaksudkan penyakit terminal ini?

Penyakit terminal ialah penyakit yang tidak dapat disembuhkan dan tidak ada ubatnya,  manakala kematian tidak dapat dihindari dalam waktu yang bervariasi mengikut potensi pesakit..  (Stuard & Sundeen, 1995).

Penyakit terminal dianggap sebagai pesakit yang tiada harapan untuk pulih dan menanti kematian yang bakal berlaku bila-bila waktu.
Contoh penyakit terminal adalah termasuk AIDS dan penyakit kanser.

 

Kriteria Penyakit Terminal

  • Penyakit tidak dapat disembuhkan

  • Kearah kepada kematian

  • Diagnosa perubatan adalah jelas

  • Tidak ada ubat untuk menyembuhkan

  • Prognosis yang negatif

  • Bersifat progresif

 

Pesakit terminal ini akan mengalami 2 bentuk kehilangan:

  1. Kehilangan yang nyata (actual loss) iaitu kehilangan orang atau objek yang tidak lagi dirasakan, dilihat, diraba. Contohnya kehilangan anggota tubuh, peranan, hubungan.

  2. Kehilangan yang dirasakan (Perceived loss) adalah kehilangan yang sifatnya adalah kedukaan.Contohnya:. kehilangan harga diri, percaya diri.

 

Contoh Kehilangan

  • Kehilangan objek

  • Kehilangan lingkungan yang dikenal

  • Kehilangan sesuatu atau seseorang yang sangat penting dan bererti

  • Kehilangan suatu aspek diri

  • Kehilangan hidup/ Arah tuju

 

 

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

                                                Jadual 1 : Nilai-nilai Kehidupan dalam Hospice & Palliative Eco System

​

Memahami Perubahan Yang Kerap Berlaku

  1. Berduka (grieving) – merupakan reaksi emosional terhadap kehilangan. Berduka wujud dalam berbagai cara yang unik berdasarkan pengalaman peribadi, perbezaan budaya, dan keyakinan spiritual yang dianutinya.

  2. Berkabung (Mourning) – adalah tempoh masa penerimaan terhadap kehilangan dan berduka serta sering dipengaruhi oleh kebudayaan atau kebiasaan

 

Memahami Perubahan Pesakit

Menurut Lindermann dalam kajiannya telah menyatakan perasaan berduka bukan sahaja melibatkan emosi , tetapi juga akan melibatkan fizikal, kognitif, tingkah laku dan juga emosi seseorang pesakit

 

Perubahan Sensasi Fizikal

  • Perut memulas/Hollowness in the stomach

  • Ketegangan di dada/Tightness in the chest

  • Ketegangan di leher/Tightness in the throat

  • Sensitif kepada kebisingan/Oversensitivity to noise

  • Rasa terasing/A sense of depersonalization

  • Kesukaran bernafas/Breathlessness, feeling short of breath

  • Sakit otot /Weakness in the muscles

  • Kurang tenaga/ lack of energy

  • Kekeringan mulut/ Dry Mouth

 

Perubahan Kognitif

  • Perasaan Tidak Percaya/disbelief

  • Keliru/Confusion

  • Penuhi masa dengan aktiviti/ Preoccupation

  • Wujud Perasaan kesedaran/ Sense of Presence

  • Halusinasi/Halucinations

 

Perubahan Tingkah laku

  • Gangguan Tidur/Sleep disturbance

  • Gangguan selera makan/Appetite  Disturbance

  • Tingkah laku Negatif/Absentminded Behaviour

  • Mengasingkan Diri/Social Withdrawal

  • Mimpikan kematian

  • Menangis/ Crying

 

Reaksi Berduka

Pesakit Terminal akan mengalami tahap respon berduka. Menurut Kubler – Ross, Peringkat berduka :

  1. Penafian/denial,

  2. Marah/anger,

  3. Tawar menawar/bargaining,

  4. Depresi/depression

  5. Penerimaan/acceptance

 

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

                                                        Jadual 2 : Graf Emotional Responses semasa Seorang Individu Berduka

  1. Penolakan

    1. Penolakan ialah reaksi pertama apabila menerima berita keadaan pesakit

    2. Perubahan Kognitif  adalah seperti tidak percaya, mengerti, atau tidak menerima kenyataan.

    3. Manakala perubahan fizikal adalah  letih, lemah, pucat, mual, menangis, gangguan pernafasan dan gelisah.

    4. Tempoh masa berlangsung beberapa minit hingga beberapa tahun

    5. Contoh – “saya rasa ok, saya tak ada masalah.”; “Tidak,perkara ini tidak akan berlaku dalam diri saya!,”

  1. Marah

    1. Pesakit terminal akan mengalami kemarahan.

    2. Kemarahan ini timbul dan diprojeksi kepada orang lain atau dirinya sendiri.

    3. Perubahan fizikal adalah pesakit ini akan bersifat agresif, bicara kasar, menyerang orang lain dan menolak pengubatan.

    4. Tingkahlaku pesakit juga akan berubah, pesakit ini juga selalu marah dan  menuduh doktor atau jururawat tidak kompeten dan profesional dalam pekerjaannya.

    5. Pesakit akan rasa muka merah, denyut nadi cepat, rasa gelisah, susah tidur dan tangan mengigil

    6. Contoh – “Kenapa saya? Ini adalah tidak adil !”; “mengapa perkara ini boleh berlaku kat saya!”; “Salah siapa tu?”

  1. Tawar-Menawar

    1. Merupakan proses penundaan kesedaran atas kenyataan terjadinya kehilangan.

    2. Ia berupaya melakukan tawar – menawar dengan memohon belas kasihan dari Pencipta.

    3. Contoh- ” bagilah saya hidup lama sikit untuk lihat abang saya besar.”; “saya akan lakukan apa sahaja asalkan saya dapat hiup lama sikit .”; “saya akan bagi simpanan saya jika…”

  1. Kemurungan

    1. Pesakit ini menunjukan sikap mengasingkan diri

    2. Pesakit kadang-kala bersikap menurut, tidak ingin bicara, tidak dapat membuat keputusan dan rasa dirinya tidak berharga.

    3. Pesakit ini mempunyai keinginan bunuh diri.

    4. Gejala fizikal adalah hilang selera makan, rasa susah tidur, rasa letih dan libido turun

    5. Contoh- “saya tak rasa sedih pun, kenapa nak ganggu saya lagi ni?”; “saya akan mati tak lama lagi……apa guna saya …..?”; “saya sangat rindu dia, kenapa perlu saya hidup lagi?”

  1. Penerimaan

    1. Fikiran mengenai perkara yang hilang akan mulai berkurang atau hilang beralih ke perkara baru.

    2. Ahli keluarga dapat menerima kenyataan kehilangan dan mulai memandang ke depan.

    3. Apabila mencapai tahap persekitaran positif ini, pesakit akan menerima dengan perasaan positif dan mengatasi perasaan kehilangan atau negatif.

    4. Contoh– “saya akan baik.”; “saya mampu atasinya dan akan ubah”; “saya tidak dapat berjuang,tapi baik saya bersedia je!”

 

Persediaan Mental Penjaga

Menjaga orang sakit adalah tidak mudah. Penjaga (caregiver) harus mempunyai persediaan yang mencukupi dari aspek emosi, mental dan fizikal. Jesteru itu, penjaga harus membina dan meningkatkan hubungan saling percaya dengan cara :

  • Mendengar pesakit berbicara

  • Memberi dorongan agar  pesakit bersedia untuk meluahkan perasaannya.

  • Menjawab pertanyaan pesakit secara langsung

  • Menunjukkan sikap menerima dan empati

  • Memberi sokongan  terhadap respons kehilangan pesakit.

  • Meningkatkan rasa kebersamaan antara anggota keluarga.

  • Menentukan tahap keberadaan pesakit

 

Mengenalpasti Keperluan Pesakit Terminal

Health workers dan juga penjaga/ibu bapa harus mengenalpasti keperluan emosi pesakit terminal dengan memahami

 

Tahap Penafian

  • Memberikan kesempatan pesakit terminal untuk mengungkapkan perasaan

  • Menunjukan sikap menerima dengan ikhlas dan mendorong pesakit untuk meluahkan perasaan.

  • Memberi jawapan yang jujur terhadap pertanyaan pesakit tentang penyakitnya.

 

Tahap Marah

  • Mengizinkan dan mendorong pesakit meluahkan perasaan marah secara verbal, tanpa melakukan provokasi terhadap kemarahan. Perlu mengikut batasan budaya dan agama.

  • Ahli keluarga harus dijelaskan bahawa kemarahan yang dilakukan sebenarnya tidak ditujukan kepada mereka

  • Ahli keluarga harus membiarkan pesakit menangis dan mendorong pesakit membincangkan kemarahannya.

  • Ahli keluarga harus membantu pesakit dengan

    • Mendengarkan luahan dengan penuh perhatian

    • Mendorong pesakit untuk membicarakan rasa takut atau rasa bersalahnya

    • Bila pesakit selalu mengungkapkan “kalau” atau “seandainya ….” beritahu pesakit bahawa health worker hanya dapat melakukan sesuatu yang nyata.

    • Bersama-sama dengan pesakit menceritakan mengenai penyebab rasa bersalah dan rasa takutnya.

 

Tahap Kemurungan

  • Membantu pesakit mengenalpasti rasa bersalah dan takut dengan mengamati perilaku pesakit dan bersama dengannya menyelami perasaannya

  • Membantu pesakit mengurangi rasa bersalah dengan mengelakkan sebarang tindakan mencederakan diri

    • Menghargai perasaan pesakit

    • Membantu pesakit menemukan fikiran yang positif dengan memberikan kenyataan yang baik

    • Membiarkan pesakit mengungkapkan perasaan dan bersama pesakit menyelami  fikiran negatif yang selalu timbul

 

Tahap Penerimaan

  • Membantu pesakit menerima kehilangan yang tidak tidak dapat dielakan :

    • Membantu keluarga mengunjungi pesakit secara teratur

    • Membantu keluarga dalam kerja-kerja berkabung.

    • Memberi informasi mengenai pesakit kepada ahli keluarga

 

Kumpulan Sokongan : NGOs

Berikut adalah kumpulan sokongan atau NGO yang terdapat di Malaysia dan juga luar negara:

Peringkat Malaysia

  1. Ministry of Health Malaysia (http://www.moh.gov.my/)

  2. National Cancer Society of Malaysia (NCSM) (http://www.cancer.org.my/index.php)

  3. Hospice Malaysia (www.hospismalaysia.org)

  4. Malaysian Oncological Society (http://www.malaysiaoncology.org/)

  5. Malaysian Medical Association (http://www.mma.org.my/)

  6. Breast Cancer Welfare Association, Malaysia (http://www.radiologymalaysia.org/breasthealth/bcwaindex.htm)

  7. College of Radiology, Academy of Medicine of Malaysia (http://www.radiologymalaysia.org/)

Peringkat Dunia

  1. World Health Organisation (WHO) (http://www.who.int/en/)

  2. International Association for Hospice & Palliative Care (IAHPC) (http://hospicecare.com/home/)

  3. Asia Pacific Hospice Palliative Care Network (APHN) (http://aphn.org/)

  4. Hospicenet (http://www.hospicenet.org/)

  5. Palliative Care Network (http://www.palliativecarenetwork.com/)

  6. National Hospice and Palliative Care Organization (NHPCO) (http://www.nhpco.org/)

  7. National Council for Palliative Care (NCPC) (http://www.ncpc.org.uk/)

  8. Singapore Hospice Council (http://www.singaporehospice.org.sg/)

 

Sumber: http://www.myhealth.gov.my/memahami-psikologi-pesakit-terminal/

​

bottom of page